Anda juga boleh mencuba mengambil sekeping pinang dan dikunyah bersama akar pokok kaduk ini. Telan cecair yang keluar bersama untuk merawat batuk dan menghilangkan asma.Untuk rawatan sakit gigi dan gusi pula,anda boleh cuba kunyah daun kaduk bersama halia, ia juga berupaya mengurangkan sakit tersebut. Bagi sesetengah orang yang dijangkiti kulat pada bahagian kaki,anda boleh mengambil air rebusan akar dan daun kaduk dan rendamkan kaki anda. Jika anda mengalami masalah penghadaman, ambil air rebusan daun kaduk dan minum. la juga boleh merawat masalah usus dan mengeluarkan angin dalam perut. Ambil daunnya dan gosok pada bahagian yang mengalami kesakitan seperti pada kulit.
Anda juga boleh makan daun kaduk ini bersama nasi dan ia berupaya membantu proses penghadaman di samping dapat mengatasi masalah angin dalam perut. Ambil beberapa helai daun kaduk dan panaskannya. Kemudian tampal pada bahagian dada untuk menghilangkan sakit dada. Jika anda menggunakan seluruh bahagian daun kaduk dan ia dijadikan ubat minum, ia berupaya merawat batuk dan kahak, melancarkan proses penghadaman dan menghilangkan senak perut.
Friday, November 19, 2010
Daun kaduk - buang angin dalam badan
JIKA dilihat sekali imbas, daun kaduk memang sama seperti daun sirih. tetapi, ia mempunyai perbezaan yang ketara berbanding dengan daun sirih. Daun kaduk ini sama juga seperti daun lain yang mempunyai pelbagai khasiat sama ada dari segi pemakanan ataupun perubatan. Ada sebahagian orang menjadikan daun kaduk ini sebagai perisa dalam masakan ataupun dijadikan sayur. Selain itu bagi sesetengah ahli masyarakat menjadikan daun kaduk hidup sebagai bahan dalam hidangan nasi kerabu dan salad. Hampir keseluruhan bahagian daun kaduk ini sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum.Akar pokok kaduk ini juga sebenarnya mempunyai kegunaan untuk mengurangkan sakit gigi. Ambil akarnya kemudian ditumbuk lumat dan ditampal pada bahagian gigi yang sakit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Since 23/9/07
Life of flowers from VOROBYOFF PRODUCTION on Vimeo.
Phrase I Like
and that the year to follow is among your happiest !
Today and Always



No comments:
Post a Comment